Hasil Pembelajaran :
- Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
- Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Membina tapak pembelajaran yang mudah.
- Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
- Menggunakan bahan Bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan dan cakera padat pembelajaran dalam p&p Bahasa Melayu.
- Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis:
Kursus
ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman
web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan
antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian;
penggunaan Bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran
Bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi
dalam persembahan bahan: dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar (1985), menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan
dalam pengertian yang sempit dan luas. Dalam pengertian luas, istilah
ini merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah
Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan Pulau
Melayu, termasuklah Indonesia yang ada sekarang ini. Dalam pengertian
yang lebih luas, UNESCO pada tahun 1972 menggunakan nama Melayu untuk merujuk suku bangsa di semenanjung, termasuk orang- orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar.
Istilah Melayu yang
lebih umum merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu.
Kelompok ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera,
Brunei dan beberapa buah kawasan berhampiran. Bahasa
suku bangsa ini ialah bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahasa Indonesia di
negara Indonesia. Di Malaysia, pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan Agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia tercatat bahawa Melayu diiktiraf sebagai:
Ø Orang yang bertutur dalam bahasa Melayu
Ø Menganut Agama Islam
Ø Mengamalkan cara hidup dan budaya melayu.
Hal ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri- ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada suku bangsa Melayu.
Secara
umum, tempat asal lahirnya orang atau keturunan Melayu iaitu penutur
asli Bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih
belum diselidiki dengan lebih mendalam. Penggunaan
istilah Melayu boleh dikatakan sangat baharu dan muncul buat pertama
kali dalam tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Bahasa itu lahir bersama-sama dengan bangsa yang menuturkannya. Catatan
rahib Buddha bernama I’tsing yang menggunakan perkataan mo-lo-yu
terdapat dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 masihi.
Dalam
bahasa Jawa kuno, perkataan ‘mlayu’ bermaksud berlari atau mengembara.
Ini boleh dikaitkan dengan orang-orang Indo-Melayu (Austronesia) yang
bergerak dari Yunan. Bukti yang dapat dilihat tentang bentuk dan sifat
bahasa Melayu hanya diperoleh sejak tahun 683 Masihi. Bukti tersebut
berupa empat buah batu bersurat yang dijumpai di tempat-tempat berikut:
- Di kedudukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi.
- Di Talang Tuo, Palembang pada 684 Masihi.
- Di Kota Kapur, Pulau Bangka pada tahun 686 Masihi.
- Di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi pada tahun 686 Masihi.
Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu ialah yang dipercayai ditulis pada kira- kira akhir abad ketujuh. Bukti ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu sejak beratus - ratus tahun dahulu.
Beberapa
teori telah mengatakan bahawa penutur - penutur bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang
dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang
pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini
berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi iaitu dengan kedatangan
golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian kira-kira dalam
tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua,golongan
yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan
tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian dia
belayar dan bercucuk tanam.
Ada
juga sesetengah ahli sejarah yang berpendapat bahawa bahasa Melayu
bukan berasal dari Asia Tengah. Mereka mendakwa bahasa Melayu berasal
dari Kepulauan Melayu sendiri. Hal ini berdasarkan penemuan orang Jawa
yang telah menghuni Kepulauan Melayu sejak ribuan tahun dahulu.
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA
Dalam
memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004)
menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu
dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah
dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi,
menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang
bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer &
Schwier, 2003). Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan
berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui
keberkesanannya (Cuban, 2001). Dalam hal ini, ahli teori telah
meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada perspektif yang menjurus
kepada efektifnya penggunaan teknologi.
Dalam
hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji
penggunaan secara efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan
ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan sebab mereka
menggunakannya. Mereka juga memfokuskan peranan utama pendekatan
pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat
beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan
komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang
menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya
persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer.
Di samping, itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk
perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan
pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik
darjah (Moersch, 1995).
Pengajaran
Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan
penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai,
namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu
keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan
kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang
lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang
dibaca dengan sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengaAh,
penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk
memastikan objektif pengajaran BM tercapai.
No comments:
Post a Comment